Pink Bobblehead Bunny

Thursday, August 7, 2014

selamat hari raya~~~~~

assalamualaikum...

raya kembali lagi n aq terasa epy sgt... kenapa?? sbb raya ni la raya yg kedua paling singkat dlm idup aq... raya 1st kt kedah, 2nd kt kdah-kl, 3rd kt kl, 4th kt jb smpai raya ke 5 n raya kt kl blek...
raya tahun ni mmg dlm keta jep la... sbb masing2 da x de mood nk beraya kt uma sedara mara... yelah suma sibuk ngan keja masing2... raya ni jd medan selfie aq n mak... sapa kata mak aq x pndai selfie? mak aq da semakin terrer berselfie smpai anak dia pon dia ajak selfie sekali... maju la mak.. hehe... gmbar raya mmg byk tp yg jd pilihan aq tiga keping ni jep.. sbb pe??? sebab aq nmpak comel sgt dlm pic ni ngan mak... i overshadow mak ok.. haha...










ok la... tuk suma umat islam sedunia... saya mengucapkan salam lebaran... minal aidil wal faizin... ampunkan salah dan silap dr hujung rambut ke hujung kaki... semoga lebaran kali ni bertambah meriah dan ikatan terus kekal dan utuh....

Monday, April 28, 2014

realiti seorang yang bernama aq~~~~

Assalamualaikum~~~

dah lama sgt x update blog.. mlz terlampau sgt2.. haha.. arini nk cter sal diri ini yg begitu meminati 2 buah negara yang mempunyai ceritera dan suasana yang senantiasa mengamit dan melambai2 di hujung imaginasi...

Korea dan Netherlands....

dua buah negara yang berbeza, budaya yang berbeza, suasana yang berbeza tetapi mendapat tempat teristimewa dalam hidupku...

Korea merupakan sebuah negara multicultural yang mempunyai pelbagai keunikan tersendiri.. makanan, budaya, fesyen, hiburan dan  tentu sekali orangnya.... minat aq pada korea aka kpop ni bermula mase matrik... ni pon sebab rumet aq yg ajar... cter mula2 yg aq tgk tnpa tidur selama 24 jam ialah boys over flower... tu pon sbb ada lee minho yg ensem tu.. hahaha.. 

pastu aq beralih plak ke muzik kpop.... kalu dlu juz layan english song n malays, kini aq maju setapak lg ke lagu2 korea.... first lgu korea yg aq dgr selain ost drama korea ialah sorry sorry by super junior aka suju... mula2 aq x tau suju tu menda.. ingat sejenis minuman or makanan sbb ad sorg kwn aq ni ckp dia x bley idup tnpa suju.. plik kn? tp seyes ckp, aq x pnah jmpa org sefanatik dia... suma dia tau sal korea ni smpai aq pon mula nk join sekaki... start dr tu aq mula lyn korea ni smpai mak aq pon aq pengaruhi tgk korea... hah!! dahsyat x aq?? skrg aq hnya lyn lagu2 korea n cter2 korea jep yg lain da kureng sgt2.. idol yg aq paling minat EXO..  sbb ap??? sbb diowg x cm idol kpop lelaki yg lain yg hnya bersandarkan pd tayang body n babyface diowg.. so far lgu2 exo x la boring pon... sbb mcm2 genre... ni la group yg aq minat sgt2 tu... diowg ad 12 org.. tp dibahagikan kepada dua.. exo-m ngan exo-k. exo-m for china base n exo-k for korea base...

 ensem kan diowg ni... ensem dan berbakat.. full set for entertainment field, talent with beauty~~~

 ni plak exo-m... ad 4 chinese n 2 korean member

ni plak exo-k... semua korean n anak bongsu dr keluarga....

kalu nk cter sal belanda, aq bley ckp dia suatu tempat yg mendamaikan dan sesuai ngan jiwa aq... sbb aq suka tempat yg senyap n penuh dengan kecantikan dan keindahan alam yg tersendiri... n lagi aq suka sgt2 bunga tulip... bg aq, bunga tulip ni bunga yg sgt menarik.. sbb bunga ni susah nak dpt n mahal.. cm perempuan jgak... susah nak dpt cintanya n mahal plak harga hantarannya.. hahah... so true kn???

kalu di bagi peluang, aq nk hidup kt sana.. menetap kt sana tapi ngan orang tersayangla... hehe... sebab tempat tu romatik dan mendamaikan... hihi~~~

 nilah penyebab utama kenapa aq terlalu tertarik pd netherlands.. bunga tulip yg cntik n pelbagai warna...  cantik dan mengasyikkan bila tgk dia bloom...

 ni plak permandangan yg aq nk sgt2 tgk n alami sendri... tempat yg cantik dan bercahaya bila mlm menjelma... can't take my eyes from it and can't wait to be there real soon~~~

kalu dpt bina umah kt kawasan ni, mmg best.. hidup tnpa kebergantungan kuasa elektrik yg melampau... juz nature and its own...

hah... nilah sebab2 napa aq cukup kagum ngan dua negara ni... kalu aq ada kesempatan, dua negara ni akan jd top list aq tuk melancong kelak.... nilah serba sikit tentang aq yg tak seberapa ni... aq ni nature lover n aq suka budaya2 luar... menarik tuk diketahui dan pelajari... boleh luaskan pengetahuan dan pandangan kita tentang negara luar dr kta kn??? so readers sekalian... jom kta melancong kt tempat2 ni....
assalamualaikum...

da lama x mengupdate blog... huhu rndu pon ad.. aq mmg bkn penulis yg pakar cuma sekadar owg yang suka menulis segala apa yang aq ase dalam hidup ni...

sekarang ni aq sgt2 la serabut. serabut sbb penglibatan sesuatu yg x pasti. . alahai~~~~

cakap sal perasaan, suma owg ley kata dia lbey tahu apa yg dia rasa.. tp aq ni terbalik plak... aq x tau apa yg aq ase.. aq x pandai nk describe apa yg aq ase pd apa saja yg aq suka... senang cter aq cuma tau simpan n terus simpan... sampai satu tahap menda yg aq suka tu ilang dari gapaian aq...

bunyi mmg plik tp gtu le diri aq.. aq x pndai describe ngan kata2...pada aq, cukup kalu aq tau yg aq suka, so no need full word or synopsis for it.. dengar cm klise kn??? tp tulah aq yg sebenar... semakin hari semakin berubah....still less word to put things up but still bottled it inside...

aq ada satu kekeliruan ni... bila aq suka menda tu, dia makin jauh tp bila aq dah xnk, dia semakin mendekat...  pnat aq cuba tolak smpai ke hari ni x berjaya... pe yg aq ptut wt ek??? perlu ke aq biarkan jep? atau aq amik jep dia? uishhh... serabut2... kan best kalu keserabutan aq ni dpt ilang sekelip mata mcm magik ke... 

susahnya nk wt keputusan... bila da nk buat, lain yg jd. bila x buat, mula la berkepuk nanti... aishhh.... geramnya... i wish i do have someone to listen to all my crappy things... dlu ada jep, skrg tinggal kenangan... wish for the best for that person...

life is too short to going back... love is too hard to get it... the road still haven't reach the very end and yet myself still stick on the same stand.. afraid to move forward and scared to falling backward... i still stand at the very fine spot and keep wandering either to choose it or ignore it... 

Sunday, December 15, 2013

assalamualaikum~~~

meniti di hari2 yang penuh mencabar ni sungguh memenatkan...

tapi siapalah kita tuk menentukan arah dan hala perjalanan ini... 

semakin hari berbagai onak dan liku 

berbagai kerenah dan pelbagai ragam... 



andai mampu memilih, aku hanya mampu bersendiri mencari sebuah identiti diri yang kian menghilang~~~~

Saturday, December 22, 2012

F.A.I.T.H

assalamualaikum~~~

da lama x meng"update" blog... berabuk sgt2 da jdnya... byk yang jadi sepanjang 2 bulan ni... byk suka dan duka yang berlaku... still air mata ttp mengalir tanpa hentinya... ntahla... hidup ni kan x selalunya indah... langit x selalunya cerah... rindu pada famly semakin membuak2.. seakan jarum jam tidak bergerak mengalun langkah senada dengan hati ini... akankah mimpi2 indahku akan berakhir??? sejak akhir2 ini, berbagai dugaan melandaku... hahahha.. hanya semangat yg kental yang aku pegang teguh saat ini... bersabarla wahai aty yang penuh kelukaan.. hanya 6 bulan saja lg... pasti kelukaan itu sembuh...biarlah berpanah kata2 yang kau terima... biar perit kau menanggungnya... biar mulut2 trus berkata2 ttg pincangku... saba2... dan senyum.... terus ingat pd yang satu... dan ada lagi insan2 yang bersama dan menyayangi apa adanya... ingat... FAITH...
Face
All
Inconvenient
with
the
True 
Humble
Heart....

Friday, October 12, 2012

jenis darah dan personaliti- part 2


personaliti dan jenis kumpulan darah~~
  • Kumpulan darah O ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.
  • Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
    Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi. Peribadi Asas:
    Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
    Kadar Toleransi:
    Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.
     

  • Kumpulan darah A, Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.
  • Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
    Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup. Peribadi Asas:
    Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
    Kadar Toleransi:
    Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
     

  • Kumpulan Darah B Anda punya tabiat keras dan individualis, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi.
  • Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
    Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan. Peribadi Asas:
    Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
    Kadar Toleransi:
    Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
     

  • Kumpulan Darah AB Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghibur orang lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
  • Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
    Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka. Peribadi Asas:
    Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
    Kadar Toleransi:
    Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.
     

Apa kumpulan darah anda?






jenis darah dan personaliti- part 1


assalamualaikum.. entri kali ni biarlah kongsi2 sal darah and personaliti.. yek la x suma owg tau adekah kumpulan darah mencerminkan personaliti.. so ni sedikit nukilan yg dpt sy kongsi2kn...

Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah antara anda suami isteri mempunyai keserasian dan sifat-sifat yang tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini.
Kumpulan Darah O:
Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.
Kumpulan Darah A:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.
Kumpulan Darah B:
Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan.
Kumpulan Darah AB:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.