Pink Bobblehead Bunny

Friday, October 12, 2012

jenis darah dan personaliti- part 2


personaliti dan jenis kumpulan darah~~
  • Kumpulan darah O ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.
  • Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
    Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi. Peribadi Asas:
    Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
    Kadar Toleransi:
    Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.
     

  • Kumpulan darah A, Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.
  • Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
    Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup. Peribadi Asas:
    Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
    Kadar Toleransi:
    Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
     

  • Kumpulan Darah B Anda punya tabiat keras dan individualis, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi.
  • Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
    Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan. Peribadi Asas:
    Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
    Kadar Toleransi:
    Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
     

  • Kumpulan Darah AB Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghibur orang lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
  • Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
    Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka. Peribadi Asas:
    Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
    Kadar Toleransi:
    Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.
     

Apa kumpulan darah anda?






jenis darah dan personaliti- part 1


assalamualaikum.. entri kali ni biarlah kongsi2 sal darah and personaliti.. yek la x suma owg tau adekah kumpulan darah mencerminkan personaliti.. so ni sedikit nukilan yg dpt sy kongsi2kn...

Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah antara anda suami isteri mempunyai keserasian dan sifat-sifat yang tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini.
Kumpulan Darah O:
Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.
Kumpulan Darah A:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.
Kumpulan Darah B:
Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan.
Kumpulan Darah AB:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Thursday, October 11, 2012

istiqamah cinta

assalamualaikum~~

da lama aku x menulis entri-entri terbaru tentang diri ini.. haha.. yela x de isu or modal tuk aku garapkan.. kesedihan lampau telah aku lempar jauh dr diri ini... x mampu lg la tuk aku simpan kemarahan yang terlalu lama.. cukuplah kemarahan itu cukup menyakitkan aty ini sedalam mungkin..x usahlah terlalu memendam rasa andai da tiada kesudahan... cukuplah kisah2 sdey lalu yek... be happy yana...

dalam berdepan cabaran sebagai pelajar, aku hadapi beribu ranjau yang penuh liku-liku. sejujurnya sukar bagiku memberi sepenuh perhatian kepada semuanya namun aku harus bijak mengemudi ranjau hidup ini.... insyaALLAH akan menjadi lebih baik pjalanan yang kutempuh nanti...

terusik seketika sanubari tatkala menonton cerita "salam cinta".. bukan heronya yg menarik aku menontonnya mahupun heroin yg cantik jelita yg memujuk aku menontonnya... cuma plot cerita yg menarikdan garapan penulis yang halus namun memberi seribu makna itulah yang membuat aku terpaku didpn lappy hampir dua jam.. haha.. yela, aku bukan lyn sgt cter2 melayu ni...

tuk suma reader... juz nk ckp, cter ni mmg best.. plot cter yg byk mengisahkan kehidupan manusiawi saat ini sedikit sebanyak membuka arca pemikiran aku tuk trus menilai adakah aku btol2 lalai dengan duniawi ini atau aku sekadar menjadi penangguk di tanah yg pnuh keseronokan.. cukupkah bekalan aku? benarkah ini jalan yang aku harus pilih... mcm2 yg aku pkir semasa dan selepas tgk cter ni... sejujurnya, nk berdakwah itu cukup mudah... tp mahukah kita menerimanya? mahukah kita berubah kepada hidup yang berlandaskan kpd islamik? mampukah mengekang pergaulan antara lelaki dan wanita?

banyak kekhilafan diri ini yang aku lakukan.. byk juga hati yg aku sakiti demi menjadi diri aku saat ini... byk juga yang aku tinggalkan demi mendapatkn apa yg aku mahukan.. mampukah aku berubah? aku mengharap yg aku akn berubah dalam masa terdekat ini... moga aku mampu berubah bukan kerna seorang insan bergelar lelaki lg tapi lebih kepada kemahuanku sendri... biar x seindah berlian namun biarlah diriku umpama mutiara... biar aku x mampu memeluk bintang, asl imanku sekeras kerikil... biar x mampu memijak gunung Everest, asl keyakinanku setinggi langit ke tujuh.. biar x mampu berpurdah atau bertudung labuh asl aku mampu memelihara kesucian diri dari mata2 yang melihat.. biar x berfesyen andai auratku terlindung kemas... mampukah aku mencapai suma ini?? insyaALLAH... aku pasti mampu.. kerna aku hauskan keimanan dan laparkan ketaqwaan serta merintih untuk keredhaan ILAHI dan juga kerna aku tahu biar seribu pun kelemahan yang nyata ada padaku tersimpan sejuta tabir yang menyimpul kelebihan diri ini yang hanya ALLAH yang maha Mengetahuinya... INSYAALLAH...