Pink Bobblehead Bunny

Saturday, December 22, 2012

F.A.I.T.H

assalamualaikum~~~

da lama x meng"update" blog... berabuk sgt2 da jdnya... byk yang jadi sepanjang 2 bulan ni... byk suka dan duka yang berlaku... still air mata ttp mengalir tanpa hentinya... ntahla... hidup ni kan x selalunya indah... langit x selalunya cerah... rindu pada famly semakin membuak2.. seakan jarum jam tidak bergerak mengalun langkah senada dengan hati ini... akankah mimpi2 indahku akan berakhir??? sejak akhir2 ini, berbagai dugaan melandaku... hahahha.. hanya semangat yg kental yang aku pegang teguh saat ini... bersabarla wahai aty yang penuh kelukaan.. hanya 6 bulan saja lg... pasti kelukaan itu sembuh...biarlah berpanah kata2 yang kau terima... biar perit kau menanggungnya... biar mulut2 trus berkata2 ttg pincangku... saba2... dan senyum.... terus ingat pd yang satu... dan ada lagi insan2 yang bersama dan menyayangi apa adanya... ingat... FAITH...
Face
All
Inconvenient
with
the
True 
Humble
Heart....

Friday, October 12, 2012

jenis darah dan personaliti- part 2


personaliti dan jenis kumpulan darah~~
  • Kumpulan darah O ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.
  • Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
    Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi. Peribadi Asas:
    Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
    Kadar Toleransi:
    Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.
     

  • Kumpulan darah A, Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.
  • Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
    Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup. Peribadi Asas:
    Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
    Kadar Toleransi:
    Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
     

  • Kumpulan Darah B Anda punya tabiat keras dan individualis, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi.
  • Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
    Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan. Peribadi Asas:
    Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
    Kadar Toleransi:
    Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
     

  • Kumpulan Darah AB Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghibur orang lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
  • Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
    Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka. Peribadi Asas:
    Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
    Kadar Toleransi:
    Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
    Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
    Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
    Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
    Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
    Bagaimana mereka bekerja:
    Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.
     

Apa kumpulan darah anda?






jenis darah dan personaliti- part 1


assalamualaikum.. entri kali ni biarlah kongsi2 sal darah and personaliti.. yek la x suma owg tau adekah kumpulan darah mencerminkan personaliti.. so ni sedikit nukilan yg dpt sy kongsi2kn...

Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah antara anda suami isteri mempunyai keserasian dan sifat-sifat yang tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini.
Kumpulan Darah O:
Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.
Kumpulan Darah A:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.
Kumpulan Darah B:
Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan.
Kumpulan Darah AB:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Thursday, October 11, 2012

istiqamah cinta

assalamualaikum~~

da lama aku x menulis entri-entri terbaru tentang diri ini.. haha.. yela x de isu or modal tuk aku garapkan.. kesedihan lampau telah aku lempar jauh dr diri ini... x mampu lg la tuk aku simpan kemarahan yang terlalu lama.. cukuplah kemarahan itu cukup menyakitkan aty ini sedalam mungkin..x usahlah terlalu memendam rasa andai da tiada kesudahan... cukuplah kisah2 sdey lalu yek... be happy yana...

dalam berdepan cabaran sebagai pelajar, aku hadapi beribu ranjau yang penuh liku-liku. sejujurnya sukar bagiku memberi sepenuh perhatian kepada semuanya namun aku harus bijak mengemudi ranjau hidup ini.... insyaALLAH akan menjadi lebih baik pjalanan yang kutempuh nanti...

terusik seketika sanubari tatkala menonton cerita "salam cinta".. bukan heronya yg menarik aku menontonnya mahupun heroin yg cantik jelita yg memujuk aku menontonnya... cuma plot cerita yg menarikdan garapan penulis yang halus namun memberi seribu makna itulah yang membuat aku terpaku didpn lappy hampir dua jam.. haha.. yela, aku bukan lyn sgt cter2 melayu ni...

tuk suma reader... juz nk ckp, cter ni mmg best.. plot cter yg byk mengisahkan kehidupan manusiawi saat ini sedikit sebanyak membuka arca pemikiran aku tuk trus menilai adakah aku btol2 lalai dengan duniawi ini atau aku sekadar menjadi penangguk di tanah yg pnuh keseronokan.. cukupkah bekalan aku? benarkah ini jalan yang aku harus pilih... mcm2 yg aku pkir semasa dan selepas tgk cter ni... sejujurnya, nk berdakwah itu cukup mudah... tp mahukah kita menerimanya? mahukah kita berubah kepada hidup yang berlandaskan kpd islamik? mampukah mengekang pergaulan antara lelaki dan wanita?

banyak kekhilafan diri ini yang aku lakukan.. byk juga hati yg aku sakiti demi menjadi diri aku saat ini... byk juga yang aku tinggalkan demi mendapatkn apa yg aku mahukan.. mampukah aku berubah? aku mengharap yg aku akn berubah dalam masa terdekat ini... moga aku mampu berubah bukan kerna seorang insan bergelar lelaki lg tapi lebih kepada kemahuanku sendri... biar x seindah berlian namun biarlah diriku umpama mutiara... biar aku x mampu memeluk bintang, asl imanku sekeras kerikil... biar x mampu memijak gunung Everest, asl keyakinanku setinggi langit ke tujuh.. biar x mampu berpurdah atau bertudung labuh asl aku mampu memelihara kesucian diri dari mata2 yang melihat.. biar x berfesyen andai auratku terlindung kemas... mampukah aku mencapai suma ini?? insyaALLAH... aku pasti mampu.. kerna aku hauskan keimanan dan laparkan ketaqwaan serta merintih untuk keredhaan ILAHI dan juga kerna aku tahu biar seribu pun kelemahan yang nyata ada padaku tersimpan sejuta tabir yang menyimpul kelebihan diri ini yang hanya ALLAH yang maha Mengetahuinya... INSYAALLAH...

Friday, September 28, 2012

dalam kenangan

assalamualaikum...

da lama entriku berhabuk dan bersawang... kali ni biarlah aku gamit kembali kenangan yang simpul sepanjang bertamu di MARSLAB, UPM.. walaupun tempoh dua bulan itu singkat, namun itu sungguh2 berharga buat aku... thousands of smiles i have gathered to be my utmost strength to overcome all pains that i have to endure during all my painful moments. 
bergambar kenangan bersama kekanda-kekanda tersyg di Marslab.. sungguh banyak yg aku belajar dr mereka.. yang manis-manis belaka... banyak pengalaman hidup yang aku pelajari walau singkat pertemuaan ini.. 
my sweet sisters.... terima kasih kak ezni, kak wawa, kak syida n kak adib cz byk bantu sy di Marslab.. sy akui sy byk kekurangan dan terima kasih kerana menerima kelemahan sy dan sbr dengan kerenah sy...
sesi bergambar dengan owg2 hot kt Marslab.. huhu.. hot ke?? diaowg jek yang tau.. nyway they are the best teacher as well adviser that i can't even find even how much i tried to.. haha... really glad to have them as part of my memories in internship moment... 
p/s: azri slalu jd isolate person dlm picture.. haha.. din.. sesuka jek tanduk yek.. mentang2 la tinggi cm pokok kelapa.. saba jek la...
  
with my besties as well as my adorable and luvly sisters... they are so funny yet very thoughtful... glad to have them in my life...
cincin pengikat sebuah persahabatan... biarpun x semahal habib jewels, namun cukup mahal untukku kerana menjadi tanda sebuah persahabatan yang x mudah tergugat dek masa dan keadaan...
together with En. Nan.. haha.. really miss this moment.. smpi skrg nk jumpa anak En. Nan x dpt2 jgak.. haha... save the best for the last yek.. haha... 
the 'cat and dog' couple.. always fight with each other but still can tolerate with one another... kalu x bergado sehari, mmg x sah.. miss all the fight they did every moment they saw each other...
 my adorable and yet luvly sisters and besties... biar singkat, yana btol2 syg kowg... luv u guys..
 kak adib n kak ein... mmg suka bergaya tul akak2 ni.. haha.. miz u guys so much la.. nyway tq for all the thought and advise kak ein... glad to have u as my sis also...
my mischevious and yet i luv u soo much kak syida... akak... cpt2 kwen yek... nk g kenduri akak sgt2.. tu pon kalu nyawa masih panjang... haha... no matter what u have said to me, i have no reason to resent u or hate u cz i luv and care for u sis...
together with my virtual brother, An and suguna @sugus.. haha.. really miss this moment.. where i can smile brightly even with all the pain i have to endure in order to be happy in front of others... 
kenangan yang sukar dijual beli.. setiap senyuman yg terukir di setiap gmbr yang ada mengamit seribu cerita dan kegembiraan di sebaliknya.. terima kasih kerna menjadikan hidup adikmu ini sungguh berwarna- warni... yang sedihnye, gmbr Madi jek yg x de dlm koleksi gmbr2 kenangan.. haha... a thousands of puzzles are needed to completes it likewise life, there are many empty space to be filled with all the moments and memories in order to completes someone's colorful life..

tq for give me opportunities to get to know everyone and let me be part of ur life for a moment... tq for give colors to my bright teen life...

Wednesday, September 12, 2012

pengakhirnya~~

assalam...


da berhabuk blog ni.. huhu.. smakin ari aku semakin menilai tahap kematangan aku dlm menadah dugaan idup bergelar pelajar.. huhu.. idup ni x mudah tp x susah gak.. matangnya seseorang terletak pada corak pemikiran yang lebih mementingkan realistik namun masih penuh dengan sifat2 optimis dalam membuat sesuatu keputusan samada yang drastik atau yang genting... matangkah aku dalam melangkah ke lorong kehidupan yang penuh onak dan duri? dan kuatkah aku menempuh sebuah kehidupan yang penuh liku?  terus terang, aku sendiri x pnah terpkir adakah aku sudah matang menempuh semua yang dihadapanku dan layakkah aku untuk menjadi orang yang kuat menempuh bala dan halangan.. semakin bertambah usia, semakin aku takut untuk maju ke depan.. bukan kerna cabaran yang mendatang atau dugaan yang bakal menimpa namun lebih kepada ketakutan melawan diri sendri.. apakah aku mampu menentang ketakutan aku atau aku hanya tunduk kepadanya? 
banyak persoalan yang berlegar-legar di minda yang tidak mungkin aku dapat menjawabnya...matangkah aku dalam membuat keputusan? matangkah aku dalam menilai yang jauhari mahupun manikam? matangkah aku dalam membuat pilihan? adakah aku benar2 matang senada dengan usiaku? muda, tlalu mentah, x matang, masih hingusan adalah ayat yang sering aku dengar tentang diri ini... sejauh mana penilaianku tersasar? adakah pemilihanku selama ini salah? atau aku salah dalam membuat satu keputusan? benarkah aku sering lari dari belenggu masalah? apakah aku x mampu mengekang kesedihan sendiri? sampai bila aku harus berpaut pada ehsan orang lain? sungguh.. aku x mampu menjawab semua pertanyaan itu.. aku sedar aku tlalu banyak menyusahkan yang lain.. dan aku banyak membebankan yang lain.. mana diri aku yang dulu? yang sanggup berkeras tuk mendapatkan sesuatu.. yang teguh hatinya biarpon berulang kali aku disakiti.. yang tak mudah goyah dengan dugaan.. aku semakin hilang diri sendri.. aku bukan aku yang dulu.. aku yang kini mudah bergantung, mudah mengalah, mudah menangis, mudah menyalahkan diri atas kesilapan yang lain dan mudah memberi dari menerima.. dulu.. aku sangat tegas dalam bertindak, keras aty dalam mendapatkan apa yang aku mahu, ingin selalu ke depan, teguh dengan prinsip hanya menerima bg yang berhak.. 
9 tahun 2 bulan 18 hari merubahku.. 9 tahun 2 bulan 18 hari menjadikan aku spt aku yang kini.. kian hilang dalam meniti kehidupan..  9 tahun 2 bulan 18 hari jgaklah mengajarku erti sebuah perhubungan dan sebuah kepercayaan.. dan dengan tempoh itu jugaklah merubah aku menjadi orang yang lebih keras dalam membuat keputusan dan pemilihan.. tq kepada tempoh itu kerna mengajar aku tuk tak mudah tunduk pada perasaan lagi.. kalu dulu dalam tempoh itu, atyku menjadi selembut2 wanita, kini atyku menjadi sekeras2 kerikil.. tak mudah lagi tunduk untuk seseorang yang pernah aku sayang dan hampir mengikat satu hubungan.. 
terima kasih yang x terhingga untuk awk, A.I.Y. sbb awk dah sendri memutuskan ikatan yang awk sendri jalinkan.. yang awk sendri harapkan dari sy walaupon beribu kali awk mencuba.. awk sendri yang menidakkan keputusan sy dlam memenuhi pe yg awk mahukan..sy da berusaha untuk bg aty sy pd awk.. maaf andai sy x mampu jd yang terbaik.. maaf andai sepanjang sy bertamu dlam aty awk, sy mengganggu kehidupan dan aty awk.. maaf jgak andai sy membuatkan awk tertunggu2 dlm penantian menjadi sebahagian dr idup sy... maaf sbb awk tpaksa membazirkan masa 9 tahun menunggu sy.. dan maaf sy x pnah bersungguh seperti yg awk mahukan selama ini.. sy tahu sy byk menyakiti aty awk ngan kerenah dan sikap endah x endah sy bila awk bicara soal kita.. sy x mampu bohong pd awk lg.. sy x sedia tuk suma tu.. mungkin btol kata awk slama ni, sy hnya jadikan awk dahan tuk berpaut.. awk x tahu aty sy yg sbnr.. mungkin sbb sy x pndai mengungkapkannya.. maaf andai kata2 yg awk btol2 ingin dgr dr sy, x pnah awk dpt.. tq sbb awk bjaya mgubah sy yg keras kepala dan keras aty kepada yg sebaliknya dan akhirnya awk sndri jgak yg membuat sy kembali ke diri sy semula...dengan terpatrinya entri ini bermkna sy lepaskan awk secara total dr aty, minda dan diri saya.. dan sy arap awk lpaskan sy dr diri awk... lupakn ikatan yg tputus itu... kali ini, sy mahu jd owg yg mementingkan dri...sy x mahu lg terlibat dlm dunia awk.. smoga yg terjadi menjadi kenangan buat awk dan sy.. sekian~~

Wednesday, September 5, 2012

epy.. epy... n epy...

assalam...

entri kali ni.. lari dr mood sdey.. wt pe nk sdey lelama k... now my days are too much with colours and epy2 mood.. hehe... thanks to all people around me.. insyaALLAH kegagalan bercinta bukan titik melemahkan jiwa ini... sy bangkit tuk menjadi insan lebih baik... telah ku serahkan cinta ke arah istikarah cinta kepada pemilik yang berhak... insyaALLAH jiwa ini tak mudah goyah dek mainan cinta lagi... untuk menutup pintu hati, tidaklah begitu.. aku berpegang pada ketentuan yang pasti... hanya yang berhak yang akan menghuni sekeping hati ini.. bukan sekadar picisan yang singgah semata.. biarlah berkasih sampai syurga... akan aku tunggu pemilik yang hakiki... InsyaALLAH...
Be happy yana.. u deserved the best... insyaALLAH


kesempurnaan hakiki~~

assalam...

sedetik masa berlalu barulah aku mengerti bahwa mencari kesempurnaan dlm sebuah perhubungan bukan hanya berpaksi pada rasa dan cinta semata.. huhu... aku bukanlah mencari kesempurnaan pada seorang lelaki sebagai imamku kelak... namun yang aku cari selama ini hanyalah cerbisan diriku yang tidak lengkap tu melengkapi hidup aku..

bukan seorang yang menang pada rupa yang aku cari, namun cukuplah orang yang cukup sempurna di mata yang Esa dan cukup sifatnya...
bukan seorang yang menang pada harta yang aku cari, namun cukuplah orang yang sanggup berbagi kesusahan dan kesenangan dalam meniti kehidupan yang diberkati..
bukan seorang yang menang pada kata-kata yang aku cari, namun cukuplah orang yang mempunyai kata-kata yang mampu menyenangkan hati dan mencerdaskan minda untuk keharmonian hidup bersama..
bukan seorang yang terlalu perihatin yang aku cari, namun cukuplah andai seorang itu mampu menjaga aku dan dirinya sebaik mungkin sudah cukup bagiku...
bukan seorang yang terlalu mencurah cintanya padaku, namun cukuplah dia mampu memberi kasih sygnya kepada keluarganya dan keluargaku kerna dari situ tumpah rasa sayangku padanya..

sukarkah untuk mencari seseorg yang mampu memberiku semua ini? bukan harta yang aku cari.. bukan rupa yang aku harapkan.. cukup sekadar saling melengkapi kekurangan masing-masing.. tapi x semua yang kita mahukan akan kita peroleh... jadi seandainya aku mampu terus menyerahkan kisah hidupku ke jalan Allah, tak mungkin aku akan trus dirundung kepiluan... insyaALLAH istikarah cinta yang pasti yang aku cari selamanya...

Sigma - Istikharah Cinta with lyrics

Monday, September 3, 2012

tears~~~

assalam...


setelah sekian lama aku memendam prasaan ini... akhirnya tumpah jgak arini... menitik2 jgak air mata tapi aku x mampu nk ungkai musabab aku x mampu nk ceritakan... pilu jgak perasaan hari demi hari.. n ternyata kemuncaknya jatuh pd hari ini... mungkin sbb terusik sikit jek, berjurai air mata... sdey2... n smpai entri ni tertulis, air mata masih bergenang... nape ngan aku ni?? nape susah sgt nk meluahkan??? sebak pon ade... mata x usah ckp la... membengkak jek... air mata ni cm paham2 jek... asik nk kua jek... cm pham2 jek tuan empunya diri tlalu sdey... sabarla wahai aty, kesedihan ini sementara... saba yek...



Thursday, August 30, 2012

berboling~~

assalam... bismillahirrahmanirrahim...




da lama asenya x menulis2 dlm blog kesygan beta ni.. haha.. hari ni agak best la jgak cz me n my sygs berboling2 hari ni... dah lama tgn ni x berboling, tetiba arini suma serba x kena... asik ke longkang la aku.. sabar jek la.. arini mmg serba x kenalah aku.. kalu dlu strike la jgak tp skrg longkang mula bermaharajalela.. aduyai.. maluuuuuuuuuuuuuu... so, sahla gelaran ratu longkang menjadi milikku saat ini... hai... sdey2... tp x pa... seronok gak la ptg td... release gak tension yang membelengguku lately ni... hahah... lupa suma kenangan pahit yang aku simpan selama ni... 

raya dtg lg~~~

assalamualaikum~~~


entri kali ni sal raya... almaklumlah musim raya kn skrg.. gi makan lemang, ketupat, rendang, kuah lodeh n kuih raya da mcm tradisi pepagi kt seluruh asia tenggara ni... agaknya la bila ade menu plik3 di pagi raya ye?? asik sgt mkn ketupat membuatkan aku pon muak tau.. haha.. nyway to all Muslims, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ya.. Minal aidil wal faizin~~~

lost for granted

assalam... 


ntah kenapa arini aku semakin tangkap sayu dengan suma masalah yang menimpa... mengapalah begitu mudah aty berubah 360 darjah...

semudahnya kata putus diucap dan kini pujuk rayu mula berlagu... sapa aku sebenarnya dalam aty dia.. dan mengapa harus aku yang mengalah dalam suma hal??? cukupla kata putus kluar tnpa aku pinta dan cukupla aty terhiris hari demi hari...
dulu dia penah menjanjikan sesuatu yang indah dan saat aku mula memikirkan suma tu dia sendri yang meragut kepercayaan aku.. sabalah yana.. mybe bukan jodoh...


npe plak skrg bila aku da mula tolak  dia  dr idup aku,  dia  bjanji plak ngan owg yang paling penting dalam idup aku untuk menjadikan aku suri hidupmu?? aku pening ngan corak pemikiran yang x tetap ni.. tlg la... npa aku lg yg dia crik? npa aku lg yg  dia  sakiti? n npa aku lagi yang dia  harapkan?

aku bukan sesapa dan yang terbaik tuk  dia .. sbb aku tahu hubungan yang kita bina slama ni x mendatangkan pape bg dia  and bg  dia  dgn adanya aku,  dia  x sendri... pe faedahnya kalu aku skadar penghias skrin telefon dan pelampias amarah yang x pnah berpenghujung tu? tlgla lepaskan aku dr hidup  dia .. x perlu atur2 idup aku.. ngan sapa aku nk berkwn, sapa aku keluar or sapa jd pemilik hati aku tu hak aku... bkn  dia ... once u leave me, there is no turning back...

hard to accept when comes to the part that i have to let go the feeling forever.. doesn't mean that i look happy i won't feel the pain anymore.. u used to make me happy with our moment, but so sudden u take it away... menda ni menjadikan aku trauma sekali lagi tuk bercinta.. andai tersurat sekali lagi dia bukan untukku, biarlah kenangan yang indah saja lekat di hati.. semoga kerapuhan hati ini mudah terubat kelak dan trauma pada sesebuah perhubungan itu akan terlerai.. amin~~~ kuatkan lah hati ini untuk terus ke hadapan bersama kenangan pahit dan harapan yang berkecai... 








Sunday, August 12, 2012

tinggal kenangan~~~~

assalam.... bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah hampir sempurna tahun ini dengan berakhirnya Ramadhan... sdey plak jadinya... yela tahun ni la aku merasa puasa dengan teman2 baru..pengalaman berpuasa sambil berpraktikal... byk yang aku belajar selain sekadar berpraktikal.. dalam meniti penghujung Ramadhan ni mulalah rasa sayu mendatang.. yela.. kn berakhirnya Ramadhan bererti berakhirnya tempoh praktikalku.. sob3.. sedey weyh... but life must go forward and no turning back... 




semoga Ramadhan ni meninggalkanku tanpa membawa kembali kenangan yang aku alami di UPM.. dan semoga ukhuwah yang aku jalinkan tidak mudah terurai dek masa dan keadaan.. amin~~~ semoga bertemu di AIDILFITRI yang bakal menjelang...

untuk kesempatan ini... saya, NURLIYANA SYAFIQA ZAINAL ABIDIN ingin menghulur sepuluh jari memohon ampun andai sepanjang perkenalan kita terlalu banyak yang terhiris perasaannya.. semoga Ramadhan membawa pergi segala penderitaan dan kesedihan dan semoga Aidilfitri membawa sejuta warna kebahagiaan dan keimanan kepada kita hendaknya... SALAM rAMADHAN dan Salam Aidilfitri...




Friday, August 10, 2012

as sweet as candy- part 3

assalam... bismillahirahmanirahim..

entri kali ni lebih kepada ari2 yang aku lalui dalam MARSLAB.. kalu entri sblom ni byk berkisar ttg owg2 di MARSLAB, kini biar aku nk cter pe yg terjadi kt aku.. kalu dulu aku ni sowg yang x pandai nk gurau2 sgt ngan owg yang aku baru kenal or nk blush over simple things, now its totally differ...
kat sinilah aku mula kenal suma tu... kalu dulu aku ni kdg2 berat mulut lg2 kalu aku mmg malas nk cakap ngan owg yang aku x kenal, skrg da cam bertih jagung jek.. hahaha.. ni suma ehsan teman2 kt lab tu la...

sejak aku di lab, aku banyak discover benda2 baru... dan terokai menda2 baru... uisshhhh bkn menda x betol k... yela... kalu selama ni aku mals nk baca ruangan politik, skrg pepagi jek aku da terhidang ngan MALAYSIAKINI ngan paper berbaur politik..aduyai... corrupt seyh otak aku... da la kne mengundi taun ni... mlz la... lgpon kalu aku berpolitik, pe aku dpt?? dpt dengar n tengok jek kot.. hahaha...lagipon pada aku, nk dikejar bkn duniawi... yg aku kejar akhirat dan duniawi.. biar sejajar, biar seiring... aku akui yang aku cetek dalam ilmu agama sbb aku masih lagi belajar dan belajar untuk memantapkan diri sebagai umat yang cakna agama dan untuk menjadi zaujah pada khalifahku kelak.. haha.. .

hampir setiap hari aku rasai pelbagai perasaan... meski aku slalu ketawa, x bermakna aku x de masalah...hahah.. harus pandai selindung yek...hari2 aku akan ketawa smpai mengalirkan air mata.. bila balik uma, mulalah suara cm buluh perindu tercekik tulang... mama aku slalu tnya nape aku jd gtu.. x kan nk ckp kowt yg aku g wt LI asik bergelak jek.. maunya kne tarbiah ngan mama aku... hahaha...muka toksah cterla.. ari2 blushing... ntah nape start aku duk lab ni cepat aje nk blushnyer... menda kecik pon nk blush... aduyai.. parah dah aku ni.. mane tak blush or merah muka... ari2 kena usik ngan Azri, x pon ngan Sal, Shaz n kak Syida.. asik2 aku jek yg kena... saba jek la... tp kalu x kena, cm pelik plak ari2 aku.. haha.. da imun kowt..

tp suma tu akan tinggal kenangan jek lepas ni... yela... sbb tempoh aku berada di lab tu pon da semakin singkat alias da nk abis la... da x de lg da suma yg aku lalui tu.. huk3.. sdeynya... seyes suma tu byk meninggalkan memori yang berharga dalam hidup aku untuk aku kenang... sobs3..T_T.. banyak yang aku perlu timba lg lepas ni... harap2 ukhuwah yang terjalin x mudah putus dan semoga kenangan yang tercipta kekal menjadi kenangan terindah dalam lipatan hidup aku sbb aku x mungkin dpt alaminya lg pasni... sungguh aku akan merindui setiap orang yang berada di MARSLAB sbb adanya diaowglah aku start menulis lg dalam blog... walaupun tulisan aku semakin berkarat cm paip kt MARSLAB, tp who cares... 

life is too full with colours.. as well as memories in MARSLAB had giving me tonnes of colours and experiences..likewise what people had said " a journey of life start with a simple piece of memories"... to all the people in MARSLAB, thanx for giving me chance to get to know u guys.. it has been a pleasure to be along with u guys and sadly it had to end real soon... 

for kak ezni... tq for being such a lovely sister to me as well as good teacher in this 8 weeks... maaf kalu sy byk wt kesilapan sepanjang bekerja dibwah akak.. maaf jgak andai sy pernah menyakiti hati akak selama ni... tq sgt2 kak... sy syg sgt kt akak...

for kak syida... tq for being such a lovely yet a witty sister to me as well as good adviser and listener in this 8 weeks... maaf kalu sy byk wt kesilapan sepanjang sy kenal akak.. maaf jgak andai sy pernah menyakiti hati akak selama ni... maaf andai gurauan sy tlalu kasar pd akak... tq sgt2 kak... sy syg sgt kt akak... u like a real sis to me... really luv u kak...

for kak wahida and kak adib... tq for being such a lovely sister to me as well as good adviser in this 8 weeks... maaf kalu sy byk wt kesilapan sepanjang sy kenal akak.. maaf jgak andai sy pernah menyakiti hati akak selama ni... tq sgt2 kak... sy syg sgt kt akak...

for en. Zainan... tq sbb byk ajar sy tentang politik n perkara2 yg sy x tahu... maaf kalu sy byk wt kesilapan sepanjang sy jd intern kt MARSLAB.. maaf jgak andai gurauan sy nk jd menantu tu... haha.. gurau aje En. Nan yek... 

for Din... tq for being such a good adviser and listener in this 8 weeks... maaf kalu sy byk wt kesilapan sepanjang sy kenal  awk.. maaf jgak andai sy pernah menyakiti hati awk ngan gurauan2 sy selama ni... tq sgt2 Din... sy  doakan awk terus berbahagia ngan insan yg tersyg ye... t makan nasi minyak umah keluarga awk n si dia jgn lupa ajak tau...

for An and Madi... tq for being there when we need u... walaupon jarang jmpa n jarang bercakap.. maaf kalu sy byk wt kesilapan sepanjang sy kenal kowg.. maaf jgak andai sy pernah menyakiti hati kowg selama ni... for An, tq sgt sbb jd abang tuk sy... seyes sy x pnah tahu cmne ase ade abang ngan kakak slama ni.. tq sbb amik berat psal sy n kengkwan... sy hargai perkenalan sy dengan awk walaupon singkat....

for Azri... tq sebab slalu usik sy sepanjang 8 minggu ni n byk bg info tuk pe yg sy x tahu slama ni.. maaf kalu sy byk wt kesilapan sepanjang sy kenal awk.. maaf jgak andai sy pernah menyakiti hati awk dengan kata2 n gurauan sy selama ni... tq sbb memeriahkan hidup sy dengan ketawa cm anak kuda tercekik rumput awk tu... unik sgt... kah3x... sy hargai perkenalan sy dengan awk walaupon singkat....

nilah entri terakhir yang mampu aku coretkan sebab aty da berat nk tinggalkan UPM terutama sekali MARSLAB.. byk kenangan yang aku lalui di sini... semoga ukhuwah ini terus utuh...amin~~~

Thursday, August 9, 2012

as sweet as candy- part 2

assalam... BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

selamat bertemu kembali dalam entri terbaru ni... hehe.. kali ni aku nk story mory sal bunga2 yang ade kt MARSLAB ni plak... kalu ade kumbang, x kn xde bunga kn??? hahah... bunga2 kesayangan hamba ni sumanya bebaik belaka.. haha... amik mood jap ek... alkisah dua kisah tentang bunga di taman larangan... dalam taman MARSLAB ni ade 4 bunga yang senantiasa berada disamping putik2 yang baru bercambah..( cm aku la.. hehehe).. 


bunga yang sudah mekar namun sudah tersunting bernama kak ezni... mula2 aku kenalinya, huhu muka sangatlah garang sampai aku tertunduk bukan sebab malu ke or nk cover ayu ke tp more tu takut yang teramat.. hai... owg cm aku ni manelah brani nk tgur owg mula2... Kak Ezni merupakan orang pertama yang sambut aku depan MARSLAB... dan jugak merangkap supervisor IT aku selama aku masih bergelar intern.. sepanjang aku di lab barulah kuketahui kisah kak Ezni sebenar.. seorang ibu beranak 3 dan seorang student merangkap RA namun masih lagi kelihatan seperti student senior yg aku jmpa kt UMT hampir saban waktu... meski jurang usia telalu jauh tergapai, namun aku x pernah rasa tersisih malah aku merasa diri ni penuh berharga dengan tunjuk ajar dan nasihat yang ditiupkan ke jasadku..tq kak for everythings... sy bersyukur sy jmpa akak sebagai supervisor sy...luv u kak..<3>



untuk bunga sterusnya... kak syida.. akak yang sangat sempoi, sengal yet happenning... awal2 aku dikantoinya.. sbar je la.. ade ke patot, selama ni aku pikir dialah gf Din n dia ngan tanpa jelaskan pon dia ngaku tu tunang dia... sbar jek la.. da la aku ni jenis owg yg suka perhati jek si Din tu bila kitaowg duk melepak, ade jek dia muncul cm chipsmore la plak... tp tu bila ade kak syida or kak Ezni.. for kak ezni tu, aku pahamla yg x mungkin din suami dia sbb asl panggil ko aku kn?? hahah.. bodoh tol aku ni... tp not bad, she's juz a lovely sister with bright side... kak syida ni kalu ajak bersembang, maunya aku x abis prak smpai taun depan.. hikayat dia kalah Merong Mahawangsa tau... mcm2 ade.. but mostly nk pecah gak la perut bila dengar hikayat kak syida... kak syida ni mmg tunangan owg... tp bkn din tau... cz din da berpunya...hahha...shushhhh... bln 5 2013 metrai la walimatul urus kak syida.. dulu, aku pnah tnya dia... " akak, npe nk kawen awl?" n dia jwab," dah mak sy suh kawen cpt nk wt cmne.." sib baik la mama aku x gtu.. buatnya dia kata " along, cepat kawen.." terpaksalah aku cri skandal2 lama yg still solo tuk dibuat calon.. huhu.. panjang kot list dia... lalala..



tutup sal kak syida, kita buka lembaran kak Adib n Kak Wahida... kak adib ni lebey kurang cm kak syida la tp with package ngan kak ezni.. huhu... jgn mara yek kak... kak adib kengkdg sgt sempoi tp bila sampai time dia wt keja, jgn sapa dekat.. maunya terhambur mara cz kaco keja dia.. haha.. nyway kak adib pon bkL tunang owg jgak... for kak wahida... kak wahida ni lain dr yg lain... kengkdg aku pon x paham dia ni... aku cerita lain, dia pusing ke lain.. huhu.. pening aku.. aku nk g KL, dia pusing plak ke Penang.. aduyai... ckp sal penyakit ley kuar sal lelaki.. aduyai... org hot la katakan.. mmg la slalu didekati ramai lelaki... owgnya cantik n lemah lembut tp masih belom menemui khalifah hidupnya... jgn memilih sgt kak wahida... t melepas.. haha.. juz kidding~~~


haha.. panjang gak entri kali ni... x pe t aku sambung part 3 plak.. tp lbey byk berkisar ttg kumbang2 yg suka menyakat putik2 bunga.. sbar jek la... smpai ketemu ye... slm syg bloggers.. wasalam~~~



Wednesday, August 8, 2012

as sweet as candy- part 1

assalam...

Entri hari ini melibatkan kenangan yang aku lalui sepanjang hampir 8 minggu disini... sungguh banyak yang aku alami di sini... suka, duka, senda gurau dan berbaur perasaan semasa di sini... hatiku semakin berat melepaskan sebuah ukhuwah yang aku jalin dalam sebuah komuniti yang sangat-sangat sporting dan membantu aku sedaya mungkin... aku jumpai serpihan diri aku yang selama ini aku kambus demi mendapatkan sebuah persahabatan.. aku dah tak perlu berpura-pura menyembunyikan sifat aku. bermulalah perjalananku di lab MARSLAB bermula 26 Jun 2012 tepat pukul 9.00 pagi. aku berkenalan dengan Sal, dak UIA yang sangat suka bercakap dan Shaz yang menjadi teman suka, duka dan bergondang bersama ... kdg2 aku sampai tak terlayan cakapnya... hampir setiap hari ade jek perkara yang kami bualkan sampai da x da yang penting pon kami bercakap gak... hahah~~~ hari-hariku disinari dengan keletah dak2 master yang turut mengajar kami dalam menjalani praktikal di upm ni... berbagai garam, bermacam ragam... begitulah insan-insan yang kutemui di sini...

ade yang suka menyakat, ade yang suka mentarbiah politik, ade yang kuat mentarbiah.. pendek kata berbagai karekter yang aku jumpa disini... contohnya An... dia seorang yang ntahla.. xtau nk gambar cmna tp cukuplah kalu aku ley share, dia seorg yg hepi go lucky and understanding.. haha... aku x pnah merasa ade abg, so dia ni more like fatherhood brother.. ade ke istilah ni??? bantai jek la...he's so kind and quite mischievous. but the truth is, i juz kinda like the way he treat us... like dongseang( in korean)

for Sarifudin@ Din... huhu... 
dia ni bahaya sikit tuk diperkatakan... yela takut tersalah kata, aku dikata... 
lalala... one word to describe, unpredictable... sbb dia ni nampak jek cm susah 
didekati but once dia bukak mulut, uishhhh kalah mama aku... dia punya leteran
perghh.. da mcm seorang mak yang mahu mengajar anak dia dunia baru... huhu..
jgn mara yek Din.. gurau.. tp he's lecture kinda annoying a bit but full with the 
thing that we always take for granted in life... like a philisopher.. to much word but
none on action.. nampak jek suka membebel but he's genius.. A soon-to be PhD 
holder.. amin~~~

untuk lagi sorang ni, aishhh x tau la nk describe gne... ate teman idak ler pandai 
menganalisis owg tp untuk dia ni suma telahan aku memang meleset abis la..
at first ingat pendiam n susah nk dekat.. yela aku kan dak baru, so segan la nk 
tegur2 owg.. but once da tegur dia mase kat MTDC dlu, barulah aku tau karekter dia
sebenar.. kuat menyakat upenya... nampak jek kategori lelaki pendiam dipasaran 
tetapi owg yang paling kuat menyakat dr yg sedia ade.. dlu kontrol jek bila nk ckp 
ngan dak2 prak cm aku ni, but once dia da mula abis suma disakatnya... hah.. tulah 
Azrie.. dalam sehari kalu dia x sakat n x gelak cm anak kuda tertelan rumput, mmg
x sah aku ase.. heheh... jgn mara yek azri... sowi :) Dlu aku segan kot nk tgor dia
sbb aku kn pendiam... wakakaka... ase nk terguling plak komen dri sendri... huhu


hahaha.. da byk sgt aku coretkan dalam entri kali ini tentang kisah aku di UPM
nyway untuk sambungan ceritera mereka2 ni.. kne tggu entri berikutnya la yek... ni
baru aktiviti memanaskan jari.. smapi bertemu di entri berikutnya... wasalam~~~







Monday, August 6, 2012

kesedihan

mengapa kesedihan semakin membelengguku? sungguh aku akui yang tak mudah untuk bertahan kuat menangkis  apa yang tersurat untuk dilepaskan.. sungguh keperitan itu hanya aku yang rasa, aku yang alami dan aku yang tanggung sendiri. mengapa begitu mudah janji diikrarkan dan mengapa dengan begitu mudah diingkari?? persoalan demi persoalan yang aku sendiri x mampu menjawab..sukarkah untuk setia?? susahkah untuk menjaga sebuah perhubungan? melepaskan sesuatu yang sangat berharga adalah sesuatu yang sangat sulit.. aku x mampu lagi menanggung.. juz leave me alone... i can't take it anymore.. its getting hurt more and more as we be together.. i longed for the perfect relationship before.. but it seems that the moment won't last and u are not really meant for me... maybe this is the sign that make me realize how hard u'll try to hold if it doesn't fit, juz let it go... or else u'll getting hurt more and unable to get it away~~~~~